KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching akan mengadakan pertemuan dengan pemilik tanah Kampung Jempangah, Beaufort, susulan kira-kira 200 penduduk di kampung itu berdepan tindakan pengusiran dari tanah yang didiami sejak hampir 80 tahun lalu.
Menurut bekas Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi itu, pertemuan tersebut adalah sebagai salah satu usahanya untuk memohon rayuan daripada pemilik tanah bagi melanjutkan tempoh pengosongan tempat berkenaan.