KOTA KINABALU – Isu pemilihan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah belum selesai sebaliknya masih menunggu kata putus daripada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Sazaly Donol berkata, jawatan tersebut adalah milik PKR dan sepatutnya ia diputuskan oleh Anwar.