KLANG – Sesi taklimat khas kepada semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung isu letupan saluran paip gas di Putra Heights akan dilaksanakan selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari pertama selesai esok.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sesi penerangan itu akan dilaksanakan oleh jawatankuasa siasatan teknikal antaranya membabitkan pihak polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).