SHAH ALAM – Dakwaan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mengatakan tanah Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur bukan tanah rizab Melayu ialah salah daripada segi fakta dan perundangan.
Peguam Lawyers for Liberty (LFL) dan Penasihat Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru, N Surendran berkata, keseluruhan 220 hektar tanah di Kampung Baru, termasuk Kampung Sungai Baru sebagai sebahagiannya telah diisytiharkan sebagai Penempatan Pertanian Melayu (MAS) melalui Warta No 1550 bertarikh 16 Februari 1932.