KANGAR – Isu membabitkan syarikat GISB Holdings (GISBH) sudah dibentangkan kepada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak penguat kuasa, namun tiada tindakan diambil.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pihak yang membuat kajian berkaitan GISBH ini telah berusaha bertahun lamanya dan bertemu pelbagai pihak membentangkan kajian tersebut, bagaimanapun isu berkenaan tidak diangkat atas sebab tertentu.