SHAH ALAM – Tindakan usahawan fesyen terkenal, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar meletak jawatan sebagai pengasas bersama Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) dilihat sebagai bukan langkah bertanggungjawab, sebaliknya ‘lari’ daripada tanggungjawab.
Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Marzuki berkata, langkah diambil kedua-dua individu terbabit sememangnya perkara yang boleh dijangka sejak awal.