KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat masuk ke Balairung Seri, Istana Negara bagi meneruskan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sultan Ibrahim yang mengenakan persalinan rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai Muskat dan Raja Zarith Sofiah anggun dalam persalinan Kurung Johor berwarna keemasan menarik perhatian seluruh jemputan ketika pasangan diraja itu melangkah untuk bersemayam di atas Singgahsana.