KUALA LUMPUR – Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai ini pastinya menjadi detik teristimewa buat Sultan Ibrahim apabila bakal melalui proses bersejarah sama seperti ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ditabal selaku Yang di-Pertuan Agong kelapan, 40 tahun lepas.
Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, istiadat itu bakal mengimbau kenangan cukup signifikan kerana Sultan Ibrahim akan bersemayam di atas singgahsana sama digunakan Almarhum ayahanda baginda dahulu.