Baru-baru ini, penyanyi rap dan pelakon terkenal, MK K-Clique berkongsi khabar gembira kepada peminat dan pengikutnya apabila mengumumkan bahawa dia dan isterinya kini sudah bergelar ibu dan ayah.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan (28) menerusi Instagram miliknya yang memberitahu bahawa isterinya, Siti Hajar Syeikh Nordin selamat melahirkan bayi perempuan pada 3 Ogos.