Isteri Fikry Ibrahim fail cerai, baru empat bulan nikah. Tanpa sebarang petanda sebelum ini, perkahwinan pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim, yang baru dibina empat bulan lalu kini berdepan krisis apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Siti Khalizah, 37, dilihat hadir ke mahkamah sekitar jam 9.40 pagi dengan mengenakan pakaian serba hitam. Kehadirannya ditemani oleh peguam syarie, Wan Muhammad Afiq Mohd. Razib, yang mengesahkan mengenai prosiding cerai yang dijadualkan berlangsung hari ini.