PETALING JAYA – Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid membuat laporan polis berhubung artikel sebuah agensi berita mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap suaminya.
Na’imah berkata, apa yang selama ini dianggap rahsia terbuka di negara ini kini telah disahkan oleh sebuah agensi berita antarabangsa terkemuka.