Isteri pelakon dan pelawak Along Cham iaitu Feena Suhaimi tampil membidas tindakan seorang selebriti yang didakwa mengulas mengenai rumah tangga mereka menerusi sesi siaran langsung di media sosial baru-baru ini.
Jelas Feena, individu tersebut difahamkan bercakap tentang hal rumah tangganya seolah-olah mengetahui situasi sebenar yang berlaku.