Pengacara dan pelakon, Akbar Sahari baharu kehilangan isteri tercinta, Noorsuzilawati binti Mohd Noor, yang meninggal dunia akibat penyakit kanser.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan rakan baiknya yang juga hos terkenal, Fedtri Yahya menerusi satu hantaran di Instagram awal pagi ini.
Menurut Fedtri, beliau mengenali pasangan itu sejak lebih dua dekad lalu dan pernah menjadi pengacara majlis perkahwinan mereka.