SHAH ALAM – Islam melarang bacaan doa qunut nazilah ditujukan kepada saudara sesama Islam kerana dikenali sebagai doa penghancur musuh.
Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata, perbuatan tersebut mesti ditegah ekoran doa itu adalah amalan Nabi Muhammad SAW khususnya ketika peperangan Ahzab.