Penyanyi K-Pop kelahiran Malaysia, Isaac Voo yang juga merupakan ahli kumpulan SKYE (dahulunya dikenali sebagai IN2IT), mengumumkan bahawa beliau kini menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sebagai satu penghormatan terhadap negara.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, penyertaan Isaac atau pemilik nama sebenar Isaac Voo Kai Meng (31) dalam PLKN telah menarik perhatian ramai kerana beliau merupakan antara rakyat Malaysia pertama dari industri hiburan Korea Selatan yang menunjukkan komitmen terhadap program patriotik tersebut.