PUTRAJAYA – Semua balai polis kini diletakkan di bawah kategori tempat atau kawasan larangan bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di lokasi tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu antara tindakan segera yang diambil kementeriannya susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang menyaksikan dua anggota pasukan berkenaan terkorban setahun lalu.