PEMAIN tengah berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa tidak menolak kemungkinan pentas final Piala Malaysia malam ini mungkin menjadi antara yang terakhir dalam kariernya.
Justeru, Insa mahu menikmati setiap minit yang dilaluinya bersama Harimau Selatan sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama nanti.