Hampir kebanyakan daripada kita mengalami masalah rambut kelemumur. Walaupun ia kedengaran normal, namun sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kita. Tambah-tambah lagi apabila kelemumur berkuping.
Oh no! Walaupun berhijab, kesihatan rambut dan kulit kepala tetaplah harus diutamakan. Seperti yang disarankan oleh seorang pengguna twitter iaitu seriovslydot, dia mencadangkan satu syampu yang berkesan untuknya bagi mengatasi masalah kelemumur berkuping itu atau dandruff dead skin.