Johor Darul Ta’zim kini masih menghuni puncak Liga Perdana Futsal Malaysia Divisyen 1 selepas berjaya melakar kemenangan ketiga setelah menang tipis 4 – 3 ke atas Pahang Rangers pada Sabtu.
Manakala pasukan tercorot liga TOT United masih gagal meraih sebarang kemenangan selepas dibelasah gergasi merah 7 – 0 di Shah Alam. Situasi yang sama berlaku dalam pertemuan KL City menentang Kedah apabila KL City berpesta 5 gol di Kompleks Sukan ISN Raja Muda, Kuala Lumpur.