Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi.
Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan pada awal bulan ini, bintang kelab LaLiga, Deportivo Alaves, itu belum pernah melakukan sebarang hantaran media sosial mengenai negara dan ternyata ia amat dinanti-nantikan peminat skuad kebangsaan.