Bunga Cenderawasih atau nama tempatan nya lebih dikenali dengan panggilan Bird Of Paradise adalah salah satu daripada bunga-bungaan tercantik di dunia. Tanaman renek berasal dari Afrika Selatan ini ditanam secara melata di negara-negara Asia terutamanya di China. Bentuk dan warna bunganya yang unik amat popular sebagai hiasan interior.
Nama saintifiknya untuk bunga cendrawasih adalah Strelitzia. Ada 4 spesis utama iaitu Strelitzia caudata, Strelitzia nicolai, Strelitzia juncea dan Strelitzia reginae.Namun hanya spesies Strelitzia reginae yang sesuai ditanam di dalam rumah.