Mempunyai sebuah kolam ikan di halaman atau taman anda merupakan satu kelebihan. Di samping memberi nilai tambah kepada persekitaran, ianya dapat mengimbangi ekosistem kepada ikan dan spesies lain untuk terus hidup.
Sesebuah kolam asas mempunyai lapisan “liner” yang bermutu, sistem pam yang efisen dan dihiasi dengan batu-batu kecil. Lazimnya, kolam yang lebih besar tidak semestinya akan menambah kos anda kerana perbelanjaan sebenar adalah terletak kepada sistem pam dan penapisannya.