Sebuah karya epik yang menyentuh semangat perjuangan wanita Melayu, Tun Fatimah: Srikandi Empayar Melaka, mengisi pentas keramat Panggung Bangsawan Melaka bermula 13 hingga 15 Jun 2025, jam 8.45 malam.
Pementasan ini menjadi simbol usaha berterusan dalam mengangkat sejarah negara, memperkasa warisan budaya dan memupuk semangat jati diri melalui seni persembahan pentas.