< Kembali

Ini 5 Kegunaan Kapur Pertanian Yang Anda Wajib Faham

Laman
Impiana
969 Hari

Apa itu kapur pertanian? Kapur pertanian juga dikenali sebagai Lime. mungkin anda pernah dengar namanya tapi tak tahu kegunaan kapur pertanian ini. Ia antara bahan pertanian yang kerap digunakan oleh pekebun atau peladang kerana ia banyak membantu dalam bidang pertanian. Kebiasaanya, bahan ini di gaul ke dalam tanah sebelum memulakan ativiti penyemaian atau penanman. Kapur pertanian diperbuat daripada calcite atau mineral aragonite. Campuran ini mengandungi miniral yang amat diperlukan oleh tumbuhan . Antaranya ialah kalsium karbonat magnesium olsida dan megnesium karbonat.

Terdapat beberapa jenis serbuk kapur di pasaran antaranya serbuk kapur calcitik antara serbuk kapur yang berkualiti tinggi yang mengandungi kalsium karbonat dan memberikan kesan yang baik pada tanah tetapi agak sukar mendapatkannya. Kedua ialah serbuk kapur dolomiti yang dijual dalam bentuk pelet. Mengandungi kalsium karbonat dan magnesium karbonat iaitu tidak kurang 6 peratus kandungan magnesium dan ketiga ialah serbuk kapur biasa.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan