INFLASI keseluruhan Malaysia mencatat peningkatan sederhana sebanyak 1.4 peratus pada April 2025 dengan indeks harga pengguna naik kepada 134.3 mata daripada 132.4 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, jabatan itu berkata kenaikan berkenaan didorong oleh peningkatan dalam kumpulan barangan dan perkhidmatan penjagaan peribadi, perlindungan sosial dan pelbagai barangan serta perkhidmatan sebanyak 4.1 peratus berbanding peningkatan 3.6 peratus pada Mac 2025.