KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan kadar inflasi 1.2 peratus pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam kenyataan hari ini, katanya trend inflasi rendah oleh Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi terbuka adalah selari dengan inflasi bagi negara terpilih seperti Eurozone (1.9 peratus), Korea Selatan (1.9 peratus), Indonesia (1.6 peratus) dan Filipina (1.3 peratus) selaras dengan penurunan harga minyak dunia global.