SHAH ALAM – Tindakan kerajaan menghentikan operasi dua aplikasi e-hailing dari Russia iaitu InDrive dan Maxim iaitu InDrive dan Maxim, menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna tetap perkhidmatan itu yang menyifatkan langkah tersebut boleh mendorong kepada monopoli pasaran oleh syarikat lain.
Bagaimanapun, sebahagian pengguna mengakui faktor keselamatan tidak boleh dipandang ringan, memandangkan perkhidmatan dua aplikasi e-hailing tersebut kerap dikaitkan dengan isu keselamatan termasuk dakwaan menculik dan kes gangguan seksual.