SUNGAI GOLOK – Polis Thailand mengingatkan orang ramai terutama rakyat Malaysia supaya tidak memandang enteng berhubung isu dadah di negara ini kerana memiliki dua biji pil kuda sudah dikira sebagai pengedar jika berjaya dicekup pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, walaupun undang-undang penyalahgunaan dadah di Thailand hampir sama dengan negara lain namun di sini ianya lebih tegas dalam mengekang aktiviti tidak bermoral itu.