Secara amnya ramai mempunyai kepercayaan individu yang koma atau dalam keadaan vegetatif tidak menyedari keadaan sekeliling mereka. Ada beberapa kes individu yang koma selama beberapa tahun mengatakan mereka seakan bermimpi dan tidak sedar masa telah berlalu. Tetapi menurut kajian terkini saintis, 1 daripada 5 individu yang koman atau dalam keadaan vegetatif mungkin sedar akan keadaan sekeliling mereka.
Kajian dilakukan oleh Kolej Perubatan Weill Cornell di New York ke atas 353 individu yang mengalami kecederaan otak yang serius. Mereka diberikan arahan suara untuk berfikir melakukan aktiviti seperti berjalan, menggenggam tangan, atau berenang. Arahan diberikan selama 15-30 saat sebelum berhenti dan kemudian diulang sebanyak 7 kali dalam masa 5 minit.