< Kembali

India mahu serang Pakistan dalam tempoh 24-36 jam

Berita
Sinar Harian
9 Hari

ISLAMABAD – Krisis Islamabad-New Delhi semakin meningkat selepas Menteri Maklumat Pakistan, Attaullah Tarar pada Rabu mendedahkan maklumat risikan mengenai rancangan India yang mahu melancarkan kempen ketenteraan dalam tempoh 24 hingga 36 jam akan datang.

Amaran itu diberikan Attaullah sehari selepas Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan mesyuarat tertutup bersama ketua tentera yang mana beliau memberikan ‘kebebasan operasi sepenuhnya’ kepada pasukan keselamatan untuk bertindak balas terhadap serangan ganas di hab pelancongan Pahalgam di Kashmir yang ditadbir New Delhi pada 22 April lalu.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan