Ramai yang menggelar atlet badminton ini sebagai pelapis Datuk Lee Chong Wei kerana bakat dan kemampuannya mencipta nama di persada sukan antarabangsa. Apatah lagi sejak Lee Zii Jia melakar sejarah menjadi juara All England 2021 selepas kali terakhir Datuk Lee Chong Wei memegang gelaran itu pada tahun 2017.
Sejak detik gemilang itu, Zii Jia berjaya menduduki ranking ke-10 dunia. Lebih manis tahun ini, Zii Jia memperbaharui rekod peribadi dan naik ke ranking ketujuh dunia selaku pemain perseorangan lelaki ketika usianya baru mencecah 23 tahun. Bukan calang-calang tu!