SHAH ALAM – Satu iklan projek pelaburan baharu melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikesan di platform perkongsian video terkemuka dipercayai mempunyai unsur scam dalam talian.
Iklan berkenaan memperkenalkan sebuah platform pelaburan dikenali sebagai ‘AverexFlex 1.3 Ai’ dengan menjamin pendapatan sebanyak RM22,000 seminggu hanya dengan mendaftar dan membuat pelaburan minimum sebanyak RM1,100.