Kalau ke Pangkor memang wajib beli Ikan Bilis Mata Biru yang harganya memang agak mahal kerana kualiti dan rasanya yang terbaik. Namun apa yang menjadi fenomena penduduk di Pulau Pangkor sejak Jumaat yang lalu adalah apabila ikan bilis ‘kayangan’ ini timbul di darat.
Kejadian yang berlaku di Pantai Pasir Bogak menggemparkan penduduk di pulau bebas cukai itu. Malah ada yang mengatakan bahawa fenomena seumpama itu adalah pertama kali berlaku sejak mereka tinggal di situ.