Misteri kehilangan pempengaruh media sosial dikenali sebagai ‘Ija’ atau nama sebenar Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, akhirnya terbongkar apabila siasatan polis mendapati insiden itu hanya satu sandiwara yang dirancang untuk kepentingan peribadi.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata hasil siasatan menunjukkan suspek dipercayai sengaja menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Lenga sebelum melarikan diri ke negara jiran.