ALOR SETAR – Dua pintu sempadan negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra dan ICQS Bukit Kayu Hitam mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan mendadak jumlah pelancong yang memanfaatkan cuti sekolah untuk bercuti ke Thailand.
Sejak awal pagi, kenderaan beratur panjang sejauh 800 meter di pintu sempadan Malaysia-Thailand, yang menghubungkan Kota Putra dengan Ban Prakob, Thailand.