Seperti yang kita tahu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sangat rapat dengan ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz. Di sebalik ketegasannya sebagai seorang pemimpin, tetap terserlah ciri-ciri ‘anak ibu’ dalam diri Penerima Nona Men’s Inspiring Award ini.
Tidak hairanlah pemimpin berusia 28 tahun ini seorang yang berjiwa rakyat kerana acuan didikan ibu bapanya yang sangat baik. Memperjuangkan suara anak muda serta golongan terpinggir dan tidak berkemampuan menjadi perjuangan utama bekas Menteri Belia dan Sukan ini.