CHUKAI – Polis menahan seorang wanita kerana disyaki memarahi dan memukul kanak-kanak perempuan di sebuah premis dobi layan diri di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, wanita berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di sekitar daerah berkenaan pada jam 7.27 malam, semalam.