SHAH ALAM – Ibu bapa pelajar mangsa buli di sebuah sekolah berasrama di Kuala Lumpur mendakwa pihak sekolah enggan mengambil tindakan disiplin terhadap pembuli tersebut.
Seorang ibu kepada mangsa, Sharifah Intan Norjihan Al-Qudsy, 44, berkata, dia bersama-sama ibu bapa yang lain menggesa pihak sekolah mengambil tindakan dengan menggantung atau membuang sekolah pembuli berkenaan.