DUNGUN – Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia 18 bulan maut, manakala empat lagi ahli keluarga mereka cedera dalam kemalangan di Jalan Kilang Kelapa Sawit dekat Gugusan Rasau Kerteh di sini kira-kira 6 petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, Nur Suhailla Azman, 25, maut di tempat kejadian, manakala bayi perempuannya, Nur Aira Humaira Mohamad Sharool meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya di sini.