Ibu bapa mana yang tidak panik bila anak diserang sawan. Ketika anak deman, ibu bapa dinasihatkan supaya memantau suhu badan anak terutama bayi ketika demam. Ini kerana bimbang bayi atau kanak-kanak kecil mudah terkena sawan apabila mereka demam terutama bila suhu badan terlalu tinggi.
Panik dan mencemaskan bila anak yang sedang mengalami demam panas secara tiba-tiba diserang sawan. Badan menjadi kejang, mata terbeliak atau tidak sedarkan diri. Keadaan tentu saja menjadi serba tidak kena. Mama dan papa yang tidak mempunyai pengalaman mula tidak keruan sebelum terus membawa anak ke hospital atau klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan kecemasan.