Dia sememangnya lambang inspirasi wanita masa kini. Bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik, bijak dan terkenal, Datin Vivy Sofinas Yusof atau mesra disapa Vivy ini juga cukup bertuah kerana berjaya dalam bidang keusahawanan dan diberkati dengan suami penyayang dan empat cahaya mata. Tidak hairanlah nama Vivy sering meniti di bibir generasi muda.
Kuatnya pengaruh dan aura Vivy sampai apa saja produk terbaharunya di pasaran mesti laris macam ‘pisang goreng panas’! Dari hijab premium, penjagaan kesihatan, aksesori wanita, kosmetik dan pakaian semuanya mendapat tempat di hati pelanggan.