GEORGE TOWN – Hukum melaksanakan hukuman sebat secara terbuka adalah satu isu yang memerlukan perbincangan mendalam terutamanya apabila ia dikaitkan dengan hak asasi manusia, Maqasid Syariah dan konteks masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, dalam Islam, hukuman seperti sebat secara terbuka mempunyai beberapa tujuan berdasarkan Maqasid Syariah antaranya menegakkan keadilan iaitu hukuman dijalankan untuk memastikan keadilan kepada mangsa, pelaku dan masyarakat.