SHAH ALAM – Hukuman sebat yang akan dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah Terengganu bukanlah sebat di khalayak ramai, sebaliknya ia adalah ‘sebat luar penjara’.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, pelaksanaan hukuman sebat tersebut adalah selari dengan nilai Islam sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah an-Nur ayat dua berkenaan hukuman sebatan ke atas penzina ghair muhsan (belum pernah berkahwin).Menurutnya, ia bermaksud hukuman yang dikenakan ke atas individu berkenaan hendaklah disaksikan oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.