KUALA TERENGGANU – Fenomena hujan batu yang melanda bandar Chukai, Kemaman dan kawasan sekitar pada semalam bukan penanda aras banjir besar bakal melanda pantai timur tahun ini seperti didakwa segelintir pihak.
Penyelidik iklim dan cuaca, Dr Chung Jing Xiang berkata, sebaliknya hujan batu antara ciri-ciri peralihan monsun daripada Monsun Barat Daya sejak 24 September lepas sebelum memasuki Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal bermula awal November.