SHAH ALAM – Sepasang bayi kembar siam lelaki berusia tiga bulan berjaya dipisahkan menerusi pembedahan pada 24 Jun lalu, sekali gus mencipta sejarah baharu bagi Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kembar berkenaan merupakan Omphaloischiophagus Tetrapus Conjoined Twin, iaitu jenis kembar siam yang amat jarang berlaku di mana kedua-duanya bersambung di bahagian abdomen dan pelvis serta mempunyai empat kaki.