Hotlink, salah satu jenama dibawah Maxis kini telah pun hadir dengan penawaran perkhidmatan eSIM mereka, dinamakan Hotlink Prepaid eSIM. Melaluinya, ia menggantikan penggunaan kad SIM fizikal, selain memudahkan pengguna mengaktifkan talian dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.
Penawaran ini sedang diperkenalkan secara berperingkat. Pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi Hotlink terkini, dan mengakses ciri Hotlink Prepaid eSIM ini. Aplikasi iOS untuk Hotlink sedia menawarkan kemaskini terbaru ini, dan dijangka turut menyusul untuk pengguna Android. Semua pengaktifan, pengurusan talian, pemilihan pelan khusus boleh dilakukan melalui aplikasi Hotlink.