Berita baik buat kaki gamers, sebuah hotel bertemakan e-sports telah pun dilancarkan di negara kita. Bertempat di bandar Senai, Johor, Hotel Esports SEM9 menawarkan bilik-bilik mewah yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini dalam permainan video.
Dibangunkan dan dibina oleh organisasi sukan SEM9 Asia Tenggara dan disokong oleh SEAGM dan Aiken Digital, hotel SEM9 Senai ini menyasarkan untuk membawa konsep baharu dalam bidang permainan dan e-sukan. Apa yang lebih menarik, hotel ini terletak hanya tiga minit berjalan kaki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.