Tindakan hos yang mengendali siaran langsung (live) akaun pengasas produk kosmetik Inayah Beauty menegur pakaian Bella Astillah mengundang kemarahan peminat penyanyi itu yang dikenali sebagai BASS.
Menerusi video yang tular, hos tersebut berkata Bella yang hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Bersama Yayasan Nurjiwa pada Jumaat tidak memakai baju mengikut tema.