Honor Malaysia mengesahkan bahawa model terbaharu Honor X9d akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat. Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, peranti ini dijangka menjadi pengganti kepada telefon tahan lasak dalam siri X yang popular sebelum ini.
Dari segi rekaan, model baharu ini mengekalkan identiti reka bentuk siri X namun tampil lebih menonjol dengan pilihan warna baharu termasuk merah gelap. Bahagian belakang peranti menyerupai kemasan kulit palsu sama seperti yang digunakan pada model Honor X9b sebelum ini. Ia juga dilengkapi dengan bonggol kamera bulat yang dikelilingi oleh lingkaran keemasan serta badan peranti yang rata.