Honor Malaysia hari ini telah melancarkan tablet baru Honor Pad V9, yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden. Selain turut dilengkapi dengan ciri AI terbina untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Honor Pad V9 juga menjadi tambahan kepada siri tablet mereka, dan melengkapkan barisan seperti Pad X9a yang dilancarkan sebelum ini.
Tablet ini menggunakan skrin 11.5 inci beresolusi 2.8K dengan kadar segar semula 144Hz serta kecerahan maksimum 500 nits. Ia dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8350 Elite, dengan pilihan memori 12GB dan storan dalaman 256GB. Pad V9 menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 bersama ciri-ciri AI seperti AI Meeting Translation, AI Smart Summary, dan AI Voiceprint Noise Reduction.